Percakapan merupakan komunikasi antara kita dengan orang lain. Kejelasan dalam percakapan dan mudah difahami akan menyenangkan pihak yang mendengarnya. Selain itu percakapan perlu dijaga dengan baik dengan tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.
Menjaga percakapan adalah penting bagi memastikan perhubungan kita dengan orang lain terpelihara baik. Mengeluarkan kata-kata yang baik boleh menyenang orang yang kita berkomunikasi. Ibu bapa yang mengeluarkan kata-kata baik dan positif apabila bercakap dengan anak-anak sudah tentu akan mempengaruhi mereka untuk mengeluarkan kata-kata seperti ibu bapa mereka.
Percakapan kita boleh memberi kesan positif atau negatif kepada orang lain. Kesan positif berpunca daripada percakapan kita yang tidak menyakiti, menghina dan menjatuhkan air muka mereka. Kesan negatif pula seperti percakapan kita dengan pihak lain yang menghina, menjatuhkan air muka, mendedahkan kelemahan, membuat tuduhan tidak berasas dan menceritakan keburukan mereka.
Percakapan kita mencerminkan peribadi kita. Orang lain akan membuat persepsi atau tanggapan kepada kita berdasarkan kepada percakapan kita. Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dianggap sebagai ketua negara yang lebih mementingkan perniagaan dan ekonomi daripada keselamatan dan nyawa rakyatnya ketika Amerika Syarikat sedang menghadapi krisis penularan wabak Covid-19 yang melibat kematian melebihi 50 ribu rakyatnya dalam bulan April 2020. Tanggapan ini berlaku berdasarkan ucapan Trump semasa sesi sidang media di pejabatnya Rumah Putih berhubung dengan wabak Covid-19 yang melanda semua negara di dunia termasuk Amerika Syarikat.
Kata-kata boleh menaikkan semangat dan kegembiraan tetapi dalam masa yang sama kata-kata juga boleh membunuh perasaan dan kesedihan. Berilah ruang dan peluang kepada diri kita dan orang lain untuk menikmati keceriaan dan kebahagiaan melalui amalan menjaga dengan baik setiap percakapan kita.