Kita adalah salah seorang insan yang lahir di atas muka bumi bergelar makhluk Tuhan. Beberapa pertanyaan yang sering dikemukakan oleh seseorang seperti mengapa kita dilahirkan, dari segi keturunan, agama, masyarakat, zaman, kedudukan dan taraf hidup tidak perlu kita khuatirkan kerana semuanya itu di luar tahap pemikiran kita. Kita harus menerimanya dengan hati terbuka dan percaya bahawa Tuhan memilih kita kerana ada hikmah untuk kita.
Manusia berbeza dengan makhluk lain dari sudut akal. Kita dianugerahkan akal oleh Allah untuk berfikir sedangkan makhluk lain yang boleh dilihat seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak memilikinya dan kehidupan mereka adalah berdasarkan fitrah Tuhan. Kenapa kita tidak membuang air kecil di tayar kereta kita atau orang lain sedangkan kucing atau anjing suka berbuat begitu disebabkan kita mempunyai akal berbanding dengan binatang itu yang tidak berakal.
Kita dilahirkan dalam situasi berbeza dari segi keturunan, fizikal dan status sosial tetapi dari segi akal adalah sama. Akal yang Tuhan bekalkan bertujuan supaya dgunaikan untuk kita berfikir. Kita boleh fikirkan untuk melakukan sesuatu yang baik atau tidak baik. Menggunakan akal untuk melakukan perkara baik akan menghasilkan kebaikan dan sebaliknya akan memperolehi keburukan apabila digunakan untuk perkara tidak baik.
Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun bernama Ilham dibesarkan dalam keluarga miskin. Ayahnya bekerja sebagai buruh di sebuah kilang minyak masak. Ilham merupakan anak sulung daripada tujuh beradik memang menyedari akan kesusahan yang dialami oleh kedua ibu bapanya. Selain dari belajar dengan tekun Ilham selalu berfikir bagaimanakah cara yang perlu dilakukan untuk meringankan bebanan ibu bapanya. Suatu hari dia mendapat idea dan mencadangkan kepada ibunya supaya merebus pisang dan meletakkan untuk jualan di warung-warung yang berhampiran dengan rumahnya sebagai salah satu juadah sarapan pagi. Ibunya bersetuju dan sejak itu Ilham menggunakan masa sebelum ke sekolah untuk meletakkan pisang rebus di warung-warung berkenaan. Melalui usaha itu ternyata bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa untuk menyara keluarga sedikit-sebanyak berkurang.
Akal yang kita miliki bukan sahaja dapat digunakan untuk berfikir tentang bagaimanakah cara menyelesaikan masalah tetapi juga untuk mencipta sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri kita dan orang lain.

No comments:
Post a Comment