Pendapatan yang kita perolehi akan dibelanjakan untuk keperluan diri kita sendiri dan juga orang lain. Kita memperolehinya atas usaha yang kita lakukan melalui berniaga, bekerja, melabur atau menabung. Kita akan berpuas hati dan merasa seronok apabila pendapatan yang kita terima itu datang daripada sumber yang kita usahakan sendiri. Perasaan gembira menerimanya kerana segala usaha dan penat lelah kita itu telah membuahkan hasil yang berbaloi.
Kenikmatan memperolehi pendapatan menjadi semakin tinggi apabila kita memperolehinya daripada sumber yang sah atau halal. Sebaliknya kita tidak akan merasa nikmat sebenar sekiranya pendapatan itu adalah daripada sumber yang salah dari segi undang-undang atau haram di sisi agama seperti penipuan, mencuri, merompak, rasuah, judi dan sebagainya. Biarlah kita memperolehi pendapatan sedikit daripada sumber yang betul atau halal berbanding dengan pendapatan banyak tetapi sumbernya tidak betul atau haram.
Memperolehi pendapatan sedikit atau banyak bukan menjadi masalah kepada kita asalkan sumbernya betul atau halal. Seorang pesara bernama Ramli ketika ditanya oleh salah seorang anaknya kenapa dia kelihatan bahagia sepanjang masa dia bekerja sehinggalah dia bersara. Ramli menjelaskan kepada anaknya bahawa sepanjang tempoh perkhidmatan dia tidak pernah menerima rasuah walaupun banyak kali ditawarkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dengan jawatannya. Pernah pada suatu masa Ramli menolak tawaran rasuah melebihi RM20 ribu daripada seorang peniaga walaupun ketika itu dia sedang menghadapi masalah kewangan ekoran dua orang anaknya berjaya melanjutkan pelajaran di universiti tempatan. Ramli menolak disebabkan dia percaya bahawa wang rasuah merupakan punca utama menyebabkan seseorang itu hidup dalam ketakutan dan tidak bahagia.
Katanya lagi kita mungkin mampu mendapat untung dalam jangka masa pendek tetapi dalam jangka panjang kita akan rugi iaitu rugi dari segi perasaan yang dihambat oleh kegelisahan dan ketakutan sehingga membentuk rupa yang cemas lantas tidak bahagia. Pesan Ramli kepada anaknya jika inginkan terus hidup bahagia sepanjang masa kita perlu memastikan pendapatan yang kita perolehi adalah bebas daripada sumber yang tidak sah atau haram. Carilah harta yang sah dan halal, katanya lagi.
Siapa yang tidak mahu pendapatan tinggi dan pastinya kebanyakan kita mahukannya namun begitu biarlah pendapatan yang kita perolehi itu datangnya dari sumber yang betul dari segi undang-undang atu halal dari segi agama. Kebahagiaan hidup kita dalam jangka panjang adalah jelmaan daripada sumber dari mana yang kita perolehi pendapatan itu untuk kegunaan diri dan keluarga kita. Hidup kita bahagia apabila kita memperolehi pendapatan yang sah atau halal.

No comments:
Post a Comment