Sebagai manusia kita pasti akan menghadapi masalah dan ia mungkin kecil atau besar. Pelbagai cara digunakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Kadangkala masalah dapat diatasi dengan mudah dan ada kalanya rumit. Setiap masalah perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Kita jangan lari dari masalah kerana dikhuatiri boleh merumitkan lagi keadaan.
Beberapa cara boleh kita gunakan untuk mengatasi masalah. Antaranya sebaik sahaja kita menghadapi masalah kita segera berdoa kepada Tuhan agar diberi petunjuk bagaimana cara yang perlu kita lakukan untuk mengatasinya. Tuhan akan brikan kita petunjuk jalan terbaik kepada kita apabila kita memohon doa dan pertolongan daripadaNya.
Tenang dan lapangkan fikiran ketika kita sedang berhadapan dengan masalah. Ketenangan fikiran amat diperlukan ketika itu disebabkan kita mahu membuat keputusan yang paling baik dan tidak ingin berlaku kesilapan. Seorang ayah sedang menghadapi masalah anaknya berumur dua tahun terperangkap dalam kereta yang tiba-tiba terkunci ketika dia hendak membeli roti Gardenia di kedai 7 Eleven. Dia pada awalnya panik tetapi sempat berfikir supaya tenangkan fikiran ketika mencari jalan hendak mengatasinya. Ada seorang pemuda bermotosikal berhenti dan menawarkan pertolongan kepadanya. Pemuda itu mengambil sebatang besi kecil yang memang disimpan di motosikalnya lalu menggunakan kemahirannya membuka pintu kereta dengan jayanya. Setinggi terima kasih diucapkan kepada pemuda itu membantunya.
Selain itu kita juga boleh meminta pendapat orang lain yang berpengalaman untuk menyelesaikan masalah. Masalah yang kita hadapai mungkin rumit untuk kita atasi disebabkan kurang bepengalanan berbanding dengan orang lain yang sudah berpengalaman. Bagi kita yang kurang berpengalaman kadang-kadang masalah kecil pun tidak mampu kita mengatasinya sedang bagi orang berpegalaman pula masalah begitu besar pun mudah sahaja mereka mengatasi. Ini berlaku biasanya orang disebabkan orang berpengalaman mempunyai momentum penyelesaian masalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang kurang pengalaman.
Masalah yang berlaku tidak boleh dibiarkan berlanjutan dan kita perlu mencari jalan dengan apa cara sekali pun supaya kita dapat menyelesaikannya dengan secepat dan sebaik mungkin. Kita jangan sekali kita lari daripada masalah kerana dikhuatiri kita akan menghadapi masalah yang lebih besar lagi.
No comments:
Post a Comment